Yahya Awang

Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Tun Dr. Awang (lahir 7 September 1950) ialah pakar pembedahan kardiotorasik Malaysia. Beliau merupakan individu yang mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia pada 1997. Tan Sri Dr. Yahya juga merupakan perintis kepada penubuhan Institut Jantung Negara (IJN).Beliau merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kelima, Tun Dr. Awang Hassan dan anak saudara kepada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.[1][2]

Yahya Awang

Kerakyatan  Malaysia
Pasangan Puan Sri Dr. Suraiya Hani Tun Hussein
Terkenal kerana 1) Mengetuai pembedahan pintasan jantung ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad
2) Menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di Malaysia
Saudara Tun Dr. Awang Hassan (bapa)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (adik ipar)
Tun Hussein Onn (bapa mentua)
Tun Suhailah Mohamed Noah (ibu mentua)
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bapa saudara)
Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman (sepupu)
Kelahiran (1950-09-07) 7 September 1950 (umur 70)
Pusat pendidikan Universiti Monash (MBBS)